Ada org cakap, buat apa sewa kedai mahal2 di shopping complex smpai beribu-ribu, takut nanti tak terbayar. Bagi saya, tak salah kalau nk
mencuba, bukan mencuba sahaja, tapi dengan usaha dan kerajinan kita yang tak pernah putus. Kalau nak kata gagal, berapa kali dah kami jatuh bangun..lali dah dgn semua kegagalan..
Start dari duit butik kena tipu 40k, langsung tak merasa apa duit jual butik tu..penat lelah kami usahakan, masa tu tengah mengandung fayad..fahamlah dengan letihnya, gagahkan diri juga, terkilan sangat2 bila ingat balik.. Pelan2 kami bangkit ada rezeki husband dapat jual beberapa mesin x-ray, dapat sikit menyimpan.. Lepas daritu husband kena tipu pula dengan kawan dia 30k,, jatuh terduduk kami,, dengan zero, takda simpanan langsung masa tu, habis duit smua kena tipu..
Masa tu kami dah mula putus asa, berbulan juga kami senyap tak buat apa.. Saya fikir, sampai bila nak macamni.. Saya nekad, dengan bermodalkan rm500 duit gaji saya, saya cuba untuk bangkit nak berniaga kecil2lan jual baju budak..mula2 takda smbutan..dari sikit ke sikit lama2 alhamdulillah...minggu kedua modal dah naik sikit rm1000, minggu ketiga rm2000, dan sekarang saya dah maintain ambil stok baju tak kurang dari rm3000 seminggu.. sale di shoppe pun alhmdulillah, start dari sikit, sekarang setiap hari ada sahaja org order..
Husband pula start supply barang2 hospital klinik ke klinik, dia nekad berhenti kerja, berhujan panas naik motor, masa tu mmg agak susah..permulaan bisnes, susah nk dapat customer, sekarang berkat kesabaran, hari2 ada saja doktor yang call nak beli barang klinik..
Kami dah ada keyakinan diri sikit. Mula untuk majukan diri, atas minat, husband mula berjinak dengan dunia percetakan baju..atas perbincangan dan persetujuan, kami nekad untuk buka kedai di Selayang Mall. Gabungan bisnes saya dan husband, kami beri nama "Kedai Percetakan Baju dan Pemborong Pakaian Kanak-kanak"
Like page fb kami Percetakan Baju & Pemborong Pakaian Kanak-Kanak
Kami belum berjaya, sebab banyak lagi cabaran2 yang harus kami tempuh. Ni baru titik permulaan bagi kami. Kami masih mentah. Doakan kami terus kuat dan terus maju.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
๐Mari kawan2 datang kedai kami๐๐
๐ Lokasi Kedai ๐ :
Tingkat 2, Shop Lot S.22, Selayang Mall, 68100 Batu Caves, Selangor
๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท
๐ข waktu operasi ๐ข :
DIBUKA PADA SETIAP HARI
11.00am-10.00pm
Channel telegram๐๐ป
@borongpakaianbudakmurah
Follow instagram๐๐ป
@dazzlingbabyshoppe
No comments:
Post a Comment